Kami, LLC Corporation Berhad menghormati hak privasi anda dan berusaha
untuk melindungi data-data peribadi yang diberikan oleh anda kepada
kami. Kami diikat dan berusaha untuk mematuhi Akta Perlindungan Data
Peribadi 2010.
Data-Data Peribadi
-
Data peribadi yang diproses oleh pihak kami termasuk nama, nombor
kad pengenalan (No. KP), kewarganegaraan, nombor telefon, alamat,
pekerjaan, tarikh lahir, status perkahwinan, alamat e-mel,
maklumat akaun bank, slip gaji, maklumat Borang EA yang diberikan
oleh anda dalam dokumen-dokumen seperti yang ditetapkan dalam
perenggan 4 Notis ini dan semua butir-butir lain yang berkaitan
dengannya.
Pemprosesan Data-Data Peribadi
-
Kami sedang memproses data peribadi anda, termasuk apa-apa
maklumat tambahan yang mungkin anda berikan kemudian untuk
tujuan-tujuan berikut (“Tujuan-Tujuan”);
-
Proses penilaian permohonan anda boleh dipertimbangkan untuk
pekerjaan atau mendapatkan tajaan pembelajaran daripada kami
- Bagi urusan-urusan pentadbiran
- Untuk memahami keperluan anda
- Untuk memproses transaksi pembayaran anda
- Untuk menyediakan perkhidmatan kepada anda
- Untuk analisis statistic
- Untuk tujuan keselamatan dan pencegahan penipuan
-
Untuk tujuan komunikasi, hal ehwal korporat dan penjenamaan
kami termasuk penerbitan bahan bercetak dalaman seperti
bulletin “FOCUS”, laman web dan/atau media elektronik
kepunyaan kami serta di dalam mana-mana bahan bercetak
dan/atau media elektronik kepunyaan pihak-pihak luar
- Bagi mematuhi Akta Syarikat 1965
-
Membantu anda berhubung dengan apa-apa permohonan insurans
- Untuk tujuan tadbir urus korporat kami
-
Memudahkan mana-mana pemeriksaan yang kami lakukan atau oleh
mana-mana oihak ketiga ke atas anda dari semasa ke semasa;
-
Membantu mana-mana agensi kerajaan atau biro-biro termasuk
bagi tujuan penyiasatan polis atau pengawalseliaan
-
Memudahkan pematuhan anda dengan mana-mana undang-undang atau
peraturan-peraturan yang berkaitan dengan anda
- Menghubungi anda dan menjawab pertanyaan anda
-
Menjalankan aktiviti-aktiviti dalaman atau apa-apa tujuan lain
yang berkaitan dengan perkara di atas.
-
Data peribadi yang diproses oleh pihak kami merangkumi segala
maklumat yang anda berikan dalam semua borang
permohonan/pendaftaran, e-mel dan maklumat yang mungkin anda
berikan kepada kami dari semasa ke semasa , dan daripada pihak
ketiga seperti bank dan syarikat insurans.
-
Sekiranya anda gagal untuk membekalkan kami dengan data peribadi
tersebut, kami mungkin tidak dapat memproses dan/atau memberikan
data peribadi anda bagi mana-mana Tujuan-Tujuan tersebut di atas.
Prinsip Melindungi Data-Data Peribadi
-
Sila maklum bahawa data peribadi anda boleh disebarkan, didedahkan
atau dipindahkan kepada syarikat-syarikat di dalm Kumpulan LLCB
(termasuk syarikat induk, anak-anak syarikat, syarikat-syarikat
yang berkaitan dan syarikat-syarikat sekutu mereka tempatan dan
juga antarabangsa), samada pada masa sekarang atau pada masa
hadapan (secara kolektif) atau kepada mana-mana organisasi pihak
ketiga bertujuan memenuhi tanggungjawab kami kepada anda berkaitan
dengan Tujuan-Tujuan tersebut dan juga tujuan-tujuan yang
berkaitan dengan Tujuan-Tujuan tersebut serta dalam menyediakan
perkhidmatan-perkhidmatan bersepadu, penyelenggaraan dan
penyimpanan rekod-rekod.
-
Kami menghormati privasi maklumat peribadi anda dan beriltizam
dalam memastikan data peribadi anda adalah dirahsiakan,
dilindungi, selamat dan tepat. Oleh yang demikian, anda adalah
bertanggungjawab untuk memastikan bahawa data peribadi yang anda
berikan kepada kami adalah tepat, lengkap, tidak mengelirukan dan
terkini.
-
Kami ingin meminta kerjasama anda untuk mendapatkan kebenaran
pihak-pihak ketiga yang anda telah berikan data peribadi mereka
kepada kami dan anda bersetuju untuk membuat demikian.
-
Jikalau anda di bawah umur 18 tahun, sila perolehi kebenaran
daripada ibubapa atau penjaga yang sah sebelum menggunakan khidmat
kami.
-
Anda boleh memasuki dan memohon untuk membuat pembetulan data
peribadi anda serta menghubungi kami untuk sebarang pertanyaan
atau aduan berkenaan dengan data peribadi anda seperti berikut:
Designation of the contact |
Human Resource Department |
No. Telefon: |
03 – 6201 3888 |
No. Fax: |
03 – 6201 9193 |
Alamat E-mail: |
evelyn@loh-loh.com.my |
Sebarang permintaan untuk melaksanakan hak-hak anda akan ditadbir
mengikut Akta berkenaan. Sila dimaklumkan bahawa selaras dengan
Akta berkenaan, permintaan anda boleh ditolak dalam
keadaan-keadaan tertentu.
Data-Data Peribadi yang Sensitif
-
Kami akan memproses data-data peribadi yang sensitive selepas
mendapat kebenaran daripada anda seperti yang dikehendaki oleh
undang-undang Malaysia.
Syarikat berhak untuk menyemak semula dan/atau meminda polisi privasi
ini dari masa ke semasa dan akan memaklumkan mengenai perubahan
sedemikian bersama dengan Dasar yang telah dikemas kini di laman
sesawang Syarikat, dan/atau lain-lain bentuk komunikasi yang
sewajarnya bagaimana yang akan ditentukan oleh syarikat.
Tiada apa pun dalam Notis ini yang akan mengehadkan hak-hak Syarikat,
anda dan Organisasi anda di bawah Akta Perlindungan Data Peribadi
2010.
Sekiranya terdapat sebarang ketidaksamaan di antara versi Bahasa
Inggeris dan Bahasa Malaysia ke atas Notis ini, maka versi Bahasa
Inggeris akan digunakan.